Ahad, 9 Oktober 2011

Apa itu KATA MAJMUK?

Kata Majmuk
 
  • Dua atau lebih daripada dua patah dasar dapat digabungkan untukmembentuk satu kata baru yang padu atau sebati maknanya.
  • Kata paduan atau sebatian yang demikian dikenal sebagai kata majmuk.
  • Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya sendiri-sendiri.
  • Misalnya, wang dan saku yang menjadi komponen kata majmuk wangsaku mempunyai maknanya masing-masing. Makna wang saku ialah wang dibawauntuk digunakan apabila diperlukan.
  • Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah kata yangberbeza tetapi maknanya sama atau hampir-hampir sama. Beberapa contohnya ialahcantik jelita, hancur lebur, dan sunyi sepi.
  • Dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya itu dimaksudkanuntuk menyatakan makna kesangatan. Misalnya, cantik jelita bererti sangat cantik,hancur lebur bererti hancur sama sekali, dan sunyi sepi bererti sangat sunyi.
Bentuknya

  • Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisahtetapi tidak ada yang bersempang.
  • Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata majmuk daripada bentukkata ganda yang dieja bersempang kecuali kata ganda separa seperti bebawang,jejari, kekuda, dan sebagainya.
  • Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah apabila,bumiputera, daripada, jurumudi, kadangkala, dan walaupun.
  • Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah air mata,buah pinggang, campur tangan, daun pintu, ganti rugi, dan hak cipta.
  • Dari segi bentuknya, kata majmuk ter­bahagi kepada beberapa kelasseperti yang berikut:
(a) kata nama majmuk;
(b) kata bilangan majmuk;
(c) kata adjektif majmuk;
(d) kata kerja majmuk;
(e) kata sendi majmuk;
(f) kata keterangan majmuk;
(g) Kata hubung majmuk.
  • Sebahagian besar daripada kata majmuk dalam bahasa Melayu tergolong dalam kelas kata nama. Contoh kata nama majmuk, antara yang lainlain, ialah air mata, buah mulut, cita rasa, daun telinga, ganti rugi, dan hak cipta. 
  • Kata bilangan majmuk, antara yang lain-lain, ialah tiga puluh, dua pertiga, dan dua ratus lima puluh.
  • Kata adjektif majmuk, antara yang lain-lain, ialah aman damai, buta huruf, cantik jelita, gagah perkasa, merah jambu, iri hati, dan kelam kabut.
  • Kata kerja majmuk ada yang bebas, yakni tidak terikat pada sebarang imbuhan. Contohnya: angkat kaki, buang air, campur tangan, datang bulan, dan gulung tikar.
  • Kata kerja majmuk ada juga yang terikat. Contohnya: mengadu domba, mengambil alih, mengambil berat, menganggap sepi, mengangkat sembah, membalas budi, membanting tulang, mencari gali, bercerai susu, berdiam diri, menyalahgunakan, menembak mati, dan bertungkus lumus.
  • Kata sendi majmuk pula tidak seberapa jumlahnya, iaitu darihal, daripada, kepada, dan sedari.
  • Kata keterangan majmuk, antara yang lainlain, ialah acap kali, boleh jadi, demikian, kadangkala, lambat laun, pertama kali, sambil lalu, dan sekali sekala.
  • Kata hubung majmuk, antara yang lain-lain, ialah apabila, manakala, dan meskipun.  
    • TUGASNYA :
      • Kata majmuk mempunyai dua tugas seperti yang berikut:
      • (a) menetapkan kelas kata dasar. Contohnya.

  • air (kata nama) + mata (kata nama)
    air mata (kata nama)
    lemah (kata adjektif) + lembut (kata adjektif) lemah lembut (kata adjektif)
    mogok (kata kerja) + duduk (kata kerja) mogok duduk (kata kerja)
    dari (kata sendi) + pada (kata sendi) daripada (kata sendi)
  • (b) mengubah kelas kata dasar. Contohnya:
  • apa (kata ganti tanya) + bila (kata keterangan tanya) apabila (kata nama)
    alim (kata adjektif) + ulama (kata nama) alim utama (kata nama)
    gulung (kata kerja) + tikar (kata nama) gulung tikar (kata kerja)
    tumbuk (kata kerja) + rusuk (kata nama) tumbuk rusuk (kata nama)
    cerdik (kata adjektif) + pandai (kata adjektif) cerdik pandai (kata nama)
    lalu (kata kerja) + lintas (kata kerja) lalu lintas (kata nama)
    banyak (kata adjektif) + mulut (kata nama) banyak mulut (kata adjektif)
    lambat (kata adjektif) + laun (kata adjektif) lambat laun (kata keterangan)
      • Maknanya
    • Dari segi maknanya, kata majmuk dapat dibahagi kepada dua jenis seperti yang berikut:
      • (a) kata majmuk wajar;  
      • (b) kata majmuk kiasan
    • Kata majmuk wajar ialah kata majmuk yang sebenarnya, yang maknanya dapat diketahui daripada makna katakata yang menjadi komponennya.
    • Misalnya, buah anggur ialah kata majmuk wajar kerana maknanya tidak lain daripada buah yang bernama anggur.
    • Kata majmuk kiasan pula ialah kata majmuk yang maknanya lain daripada makna yang ada pada kata-kata yang menjadi komponennya.
    • Misalnya buah hati ialah kata majmuk kiasan kerana maknanya tidak kenamengena dengan buah ataupun hati.
    • Makna buah hati ialah kekasih yang dicintai, bukan buah yang bernama hati.
    • Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk wajar.

  • adat istiadat
    alih bahasa
    bahasa pasar
    bakul sampah
    batang hidung
    cakera padat
    cantik jelita
    daya cipta
    dengki hati
    emas putih
    esok hari
    gagah berani
    galah canggah
    rendah hati
    sabun mandi
    sihat akal

    gunung api
    hancurlebur
    harga borong
    hitam manis
    ikan parang
    inti sari
    isi perut
    juling air
    kaca mata
    kerak bumi
    otak depan
    olah raga
    pagar duri
    pindah tangan
    rabun jauh
    tahan lasak

    kongsi gelap
    lampu duduk
    lipat ganda
    lubang hidung
    mabuk taut
    merah jambu
    minyak makan
    naik takhta
    nenek moyang
    orang gaji
    tuan rumah
    udang galah
    uji kaji
    wang saku
    warta berita
    zat air
      •  Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk kiasan.

  • akal kancil
    anak angkat
    anak baju
    anak emas
    anak kunci
    batu loncatan
    banyak mulut
    buah mulut
    bulan madu
    cahaya mata
    cakap angin
    campur tangan
    cekak musang
    dapur susu
    mata hari
    naik darah
    nyawa ikan
    otak udang
    tangan besi
    timbang rasa

    darah daging
    datang bulan
    daun pintu
    emas kahwin
    embun jantan
    filem bisu
    gaji buta
    gantung kemudi
    gatal mulut
    gunung payung
    habis akal
    lalat hijau
    lebar mulut
    lemah semangat
    lepas tangan
    main angin
    malam buta
    sampai hati
    tali barut
    tanah air

    hajat besar
    harga diri
    ibu ayam
    isi hati
    jalan bahasa
    jauh hati
    kaki tangan
    karat hati
    kata dua
    kecil hati
    kereta api
    papas hati
    panjang tangan
    pasar gelap
    patah hati
    rendah hati
    sagu hati
    sakit hati
    tumbuk rusuk

Sabtu, 8 Oktober 2011

Mari mengenal AYAT INTI

1. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat selapis atau ayat tunggal.
2. Ayat inti menjadi dasar untuk membentuk ayat-ayat yang lain , iaitu yang dikenali sebagai ayat terbitan.
3. Ayat inti mempunyai satu subjek dan satu predikat.
4. Terdapat empat jenis ayat inti iaitu :
a) Frasa nama + frasa nama
Ayat inti ini subjeknya ialah kata nama dan predikatnya juga frasa nama.
Contoh ayat
FN (subjek) FN (predikat)
Kakak Arif doktor
Mutusamy pelajar
Pemuda itu mahasiswa
b) Frasa nama + frasa kerja
Ayat inti ini subjeknya ialah kata nama dan predikatnya juga frasa kerja.
contoh ayat
FN (subjek) FK (kerja)
Abang membasuh kereta
Nyonya Tan membeli ikan
Murid-murid itu berlari
c) Frasa nama + frasa adjektif
Ayat inti ini subjeknya ialah kata nama dan predikatnya juga frasa adjektif.
contoh ayat
FN (subjek) FK (adjektif)
Bunga ini wangi
Kapak ini tumpul
Bangunan itu tinggi
d) Frasa nama + frasa sendi
Ayat inti ini subjeknya ialah kata nama dan predikatnya juga frasa sendi.
contoh ayat
FN (subjek) FK (sendi)
Ayah di kebun
Mereka dari Terengganu
Cenderamata untuk guru besar
Kata sendi mesti diikuti oleh kata nama untuk membentuk frasa sendi.
contoh ayat
Kata sendi di, dari, untuk
Kata nama kebun, Terengganu, guru besar

Jumaat, 7 Oktober 2011

Teknik Simulasi

  • Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.
  • Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.
  • Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah.
  • Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.
  • Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

Khamis, 6 Oktober 2011

Teknik Latih Tubi

  • Teknik latih tubu adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.
  • Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya.
  • Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu
  • Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.
  • Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu.
  • Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.
  • Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu :
  1. Sebutan (accent)
  2. -menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi.
  3. Tatabahasa (grammer)
  4. -penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek.
  5. Perbendaharaan kata (vocabulary)
  6. -meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu.
  7. Kefasihan (fluency)
  8. -menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya.
  9. Kefahaman (comprehension) 
    1. -latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.
  • Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz.
  • Antara kelemahan tekni ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid.
  • Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.

Rabu, 5 Oktober 2011

Teknik Pengajaran & Pembelajaran Bahasa

DEFINISI
  • Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
  • Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
  • Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
  • Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.
  Teknik-teknik Pengajaran Bahasa
  1. Teknik main peranan
  2. Teknik permainan bahasa
  3. Teknik latih tubi
  4. Teknik bercerita
  5. Teknik inkuiri
  6. Teknik perbahasan
  7. Teknik kuiz
  8. Teknik sumbangsaran
  9. Teknik soal jawab
  10. Teknik simulasi
  11. Teknik drama
  12. Teknik perbincangan
  13. Teknik forum
  14. Teknik dialog
  TUJUAN TEKNIK
    1. Menarik Minat murid
    2. Mengekalkan perhatian
    3. Membangkitkan ras ingin tahu

Selasa, 4 Oktober 2011

Kaedah Penyampaian Pengajaran Pemulihan

Ada beberapa pendekatan yang boleh digunakan bagi membolehkan murid menguasai kemahiran asas dalam bacaan.

1. Kaedah Fonik
  • kaedah ini memberi fokus kepada cara mempelajari perkataan yang belum dikenali dengan bunyi bahasa. Contohnya, huruf ‘m’ disebut apabila memakan sesuatu yang sedap.
  • selepas murid mengenal bunyi huruf, diperkenalkan pula nama huruf dan bentuk huruf. Bunyi-bunyi huruf dicantumkan sehingga terbentuk perkataan yang sempurna.
2. Kaedah Suku Kata
  • kaedah ini bermula dengan mengeja suku kata perkataan bermakna. Contohnya, ‘ka’ + ‘yu’ = kayu
  • Proses mengeja dan membatang perkataan ini perlu dimulakan dengan mudah iaitu bermula dengan dua suku kata (KVKV), kemudian dikembangkan menjadi tiga suku kata (KVKVK) dan seterusnya menjadi empat suku kata (KVKVKVKV), penggunaan diftong (VV) dan konsonan berganding (KK).
3. Kaedah Cantuman
  • kaedah ini adalah berdasarkan suku kata bagi perkataan bermakna. Perkataan itu akan dicantumkan menjadi ayat yang lengkap.
  • contohnya :
1. cin+cin = cincin
2. i+bu = ibu
3. be+li = beli

Ayat lengkap = ibu beli cincin

Sebaik-baiknya, pengajaran dijalankan secara individu atau pun kumpulan kecil. Guru boleh memperkenalkan huruf vokal dan konsonan tetapi tidaklah mengikut urutan kerana itu akan membosankan murid.

Contohnya, guru menunjuk jari ke arah meja, kemudian mempamerkan kad perkataan ‘meja’. Selepas itu, guru boleh pula menayangkan pula kad huruf ‘m’, ‘e’, ‘j’ dan ‘a’.
Seterusnya letakkan buku di atas meja. Guru sebut ‘buku di atas meja’. Guru pamerkan kad perkataan ‘buku’ dan minta murid menyebut seta mengeja.

Kemudian, adakan permainan untuk murid-murid berdasarkan kad perkataan itu tadi.

Isnin, 3 Oktober 2011

Melawat ke Melaka

Pada cuti penggal yang lalu, kami seisi keluarga telah melawat ke negeri Melaka. Kami pergi ke sana dengan menaiki kereta baharu ayah.

Kami bertolak pada pukul 6.00 pagi. Kami berbual-bual sambil menikmati pemandangan di luar tingkap.

Kira-kira pukul 8.00 pagi, kami tiba di destinasi. Kami bagai rusa masuk ke kampung kerana ini merupakan kali pertama kami melawat ke Melaka. Saya pernah banyak membaca buku tentang tempat yang bersejarah ini, namun kali ini saya berpeluang menjejakkan kaki saya di sini.Alangkah seronoknya hati saya.

Tempat pertama yang kami lawati ialah Taman Mini Malaysia. Kami dapat melihat berbagai-bagai bentuk rumah tradisional negeri-negeri di Malaysia.

Seterusnya, kami melawati ke Muzium Negeri Melaka. Muzium ini menempatkan pelbagai jenis barangan purba dan kebudayaan negeri Melaka. Kami dilarang menyentuh barangan tersebut.

Selepas itu, kami melawat ke A Famosa. Kami mengambil kesempatan menangkap gambar di hadapan pintu masuk A Famosa. Kami juga singgah di kedai cenderamata untuk membeli cenderamata sebagai kenang-kenangan.

Pada pukul 6.30 petang, kami bertolak pulang ke rumah. Lawatan ini telah menambahkan pengetahuan am dan pengalaman saya. Saya berharap dapat melawat ke negeri Melaka pada masa depan. 

Ahad, 2 Oktober 2011

Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Kerepek Di Johor

Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Ke Kerepek  

Pada 15 Jun 2011,Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Krbangsaan Taman Johor Jaya 3 telah mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang kerepek di Johor.Seramai 40 orang murid ahli pesatuan dan 5 orang guru pengiring turut serta dalam rombongan tersebut.  

      Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberikan peluang kepada murid-murid melihat proses kerepek dibuat. Seterusnya, lawatan ini juga dapat menimba ilmu pengetahuan serta dapat mengetahui jenis kerepek yang diproses.  

      Peserta bertolak pada pukul 7.30 pagi dengan menaiki bas yang disewa khas.Setelah sejam setengah perjalanan,mereka pun sampai ke kilang itu.Apabila tiba,mereka disambut oleh seorang pegawai.Kemudian ,beliau memeberikan satu taklimat ringkas kepada kami tentang kilang tersebut.

         Selepas itu,murid-murid dibawa ke beberapa bahagian proses.Sebahagian besar kerja memproses ini dilakukan oleh mesin yang berteknologi tinggi.Beberapa orang murid telah bertanyakan soalan kepada petugas di situ untuk mengetahui lebih banyak maklumat dan mereka melayan pertanyaan murid-murid itu dengan mesra walaupun sedang bekerja. 

      Pada pukul 11.00 pagi,para peserta dibawa ke bahagian jenis kerepek.Di situ terdapat banyak kerepek yang sudah diproses.Kemudian,pada pukul 12.30 tengah hari,kami diberi sedikit jamuan ringan di kantin kilang tersebut.  

       Murid-murid bertolak pulang pada pukul 1.00 tengah hari.Mereka diberi seorang satu kerepek sebagai cenderamata    oleh pihak kilang.Cikgu Alia telah menyampaikan cenderamata kepada pegawai tersebut sebagai tanda penghargaan.Mereka berasa sangat seronok menyertai rombongan ini kerana mendapat banyak pengetahuan dan melihat sendiri cara-cara memproses kerepek.  

Disediakan oleh,                                                                                                                                  1 JULAI 2011


                           Alieya 
(ALIEYA BATRIESYA BINTI MAZLAN)
Setiusaha,
Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya 3

Sabtu, 1 Oktober 2011

Aku Sebuah Radio



Nama aku PANASONIC. Aku ialah sebuah radio.Aku diperbuat di kilang yang terletak di Shah Alam.Aku berwarna putih.Badan aku ada butang dan alat pemaincakera padat.Akhirnya tercipta aku sebagai sebuah radio berkualiti tinggi.Siaplah aku menjadi sebuah radio.

        Setelah komponen aku lengkap,aku akan diuji dari segi ketahanan dan kualiti,setelah duji,aku dibungkus di dalam kotak lalu dinaikkan ke atas lori untuk dihantar di kedai-kedai eletronik dan eletrik.Kedai itu terletak di Kuala Lumpur.Perjalanan mengambil masa selama 2 jam untuk sampai ke kedai tersebut.

        Akhirnya selama 2 jam penat menunggu,akhirnya aku dan kawan-kawan aku sapai ke tempat yang dituju.Aku dan kawan-kawan aku diturunkan lalu diletakkan di dalam sebuah rak kaca dan juga untuk menarik perhatian pelanggan.Aku dan kawan-kawan aku diletakkan tanda harga yang berbeza-beza.Setiap hari aku dan kawan-kawan aku akan dilap dengan kain basah agar tidak kotor dan berhabuk.Aku menunggu setiap hari untuk dibeli oleh pelanggan.

        Pada suatu hari,seorang wanita datang ke kedai tuan aku untuk membeli radio untuk anaknya yang akan menyambut hari lahirnya yang ke-13 tidak lama lagi.Setelah membelek-belek badan kawan-kawan aku,wanita itu tertarik pada aku.Akhirnya dia pun membuat keputusan untuk membeli aku.Wanita itu gembira dan berpuas hati lalu membawa aku pulang untuk dihadiahkan kepada anaknya.

        Tuan baharu aku gembira memiliki aku.Aku digunakan setiap hari tanpa henti.Aku dibuka dengan kuat lalu ditegur oleh abangnya.Mereka bergaduh lalu abangnya tanpa sengaja tertolak badan aku.Aku terjatuh dan pecah.Komponen aku tercabut,tuan baharu aku sedih kerana tidak dapat menggunakan aku lagi.

         Aku tidak dapat digunakan lagi lalu aku dibuang ke dalam tong sampah.Sejak hari itu tamatlah riwayat aku sebagai sebuah radio.Aku sedih kerana tidak dapat berjasa pada tuan aku lagi.

Jumaat, 30 September 2011

Ucapan sempena sambutan hari guru

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis,Guru Besar,guru-guru dan rakan-rakan sekalian.Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi mengadakan Sambutan Hari Guru dan menjemput saya untuk memberi ucapan.  

Hadirin yang dihormati sekalian,  

    Tarikh 16 Mei,merupakan tarikh keramat kepada warga guru Malaysia.Ini kerana pada tarikh ini seluruh istitusi pendidikan negara merayakan Hari Guru. 

    Guru bagaikan lampu yang menerangi kehidupan kita.Bermula daripada ajaran gurulah kita boleh membaca,menulis dan mengira.Tidak kira siapapun kita,sejarah kita seawalnya telah dilakap oleh para guru tercinta.  

    Demikianlah agung dan mulianya guru,bertugas penuh dedikasi tanpa mengharap balasan.Justeru untuk mengenang jasa dan pengorbanan mereka,sewajarnyalah hari ini disambut dengan meriah dan gilang-gemilang.  

Sidang hadirin sekalian,  

    Sebagai murid,buktikan penghargaan dengan berusaha sedaya upaya menigkatkan kecemerlangan pendidikan serta disiplin diri.Di samping itu,marilah kita mendoakan keselamatan dan kesejahteraan para guru kerana merekalah pengganti ayah dan ibu di sekolah.  

    Sebelum saya mengundurkan diri,saya bagi pihak semua murid memohon ribuan maaf terhadap sebarang kesilapan kami selama ini.

Sekian ucapan saya,terima kasih.

Khamis, 29 September 2011

Aku Sehelai Baju

Aku dilahirkan di sebuah butik terkenal di ibu kota. Selepas dilahirkan, aku dipakaikan pada sebuah patung dan diletakkan di dalam cermin. Tanda harga yang terlekat di badanku menunjukkan RM 350. Setelah lima hari berada di situ, aku telah dibeli oleh seorang gadis bernama Linda. Linda memakaiku pada majlis hari jadinya. Sebaik sahaja kawan-kawan Linda melihat diriku mereka semua memuji kecantikan yang aku miliki.

     Selang beberapa bulan, Linda ingin memakaiku sekali lagi. Apabila melihat badanku berkedut, dia mengambil seterika lalu menggosokku. Ketika badanku diseterika, telefon berdering. Linda berlari meninggalkan aku sehingga terlupa untuk menutup suis seterika. Badanku mula terasa panas. Aku cuba menahan keperitan, tetapi akhirnya aku hanya mampu menangis kerana terlampau sakit. Lama-kelamaan sebahagian badanku terbakar.

Apabila terhidu bau benda terbakar, Linda tergesa -gesa mendapatkanku. Tetapi sudah terlambat kerana aku tidak boleh diselamatkan lagi. Kini aku hanya menjadi penghuni setia almari usang.