Jumaat, 30 September 2011

Ucapan sempena sambutan hari guru

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis,Guru Besar,guru-guru dan rakan-rakan sekalian.Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi mengadakan Sambutan Hari Guru dan menjemput saya untuk memberi ucapan.  

Hadirin yang dihormati sekalian,  

    Tarikh 16 Mei,merupakan tarikh keramat kepada warga guru Malaysia.Ini kerana pada tarikh ini seluruh istitusi pendidikan negara merayakan Hari Guru. 

    Guru bagaikan lampu yang menerangi kehidupan kita.Bermula daripada ajaran gurulah kita boleh membaca,menulis dan mengira.Tidak kira siapapun kita,sejarah kita seawalnya telah dilakap oleh para guru tercinta.  

    Demikianlah agung dan mulianya guru,bertugas penuh dedikasi tanpa mengharap balasan.Justeru untuk mengenang jasa dan pengorbanan mereka,sewajarnyalah hari ini disambut dengan meriah dan gilang-gemilang.  

Sidang hadirin sekalian,  

    Sebagai murid,buktikan penghargaan dengan berusaha sedaya upaya menigkatkan kecemerlangan pendidikan serta disiplin diri.Di samping itu,marilah kita mendoakan keselamatan dan kesejahteraan para guru kerana merekalah pengganti ayah dan ibu di sekolah.  

    Sebelum saya mengundurkan diri,saya bagi pihak semua murid memohon ribuan maaf terhadap sebarang kesilapan kami selama ini.

Sekian ucapan saya,terima kasih.

Khamis, 29 September 2011

Aku Sehelai Baju

Aku dilahirkan di sebuah butik terkenal di ibu kota. Selepas dilahirkan, aku dipakaikan pada sebuah patung dan diletakkan di dalam cermin. Tanda harga yang terlekat di badanku menunjukkan RM 350. Setelah lima hari berada di situ, aku telah dibeli oleh seorang gadis bernama Linda. Linda memakaiku pada majlis hari jadinya. Sebaik sahaja kawan-kawan Linda melihat diriku mereka semua memuji kecantikan yang aku miliki.

     Selang beberapa bulan, Linda ingin memakaiku sekali lagi. Apabila melihat badanku berkedut, dia mengambil seterika lalu menggosokku. Ketika badanku diseterika, telefon berdering. Linda berlari meninggalkan aku sehingga terlupa untuk menutup suis seterika. Badanku mula terasa panas. Aku cuba menahan keperitan, tetapi akhirnya aku hanya mampu menangis kerana terlampau sakit. Lama-kelamaan sebahagian badanku terbakar.

Apabila terhidu bau benda terbakar, Linda tergesa -gesa mendapatkanku. Tetapi sudah terlambat kerana aku tidak boleh diselamatkan lagi. Kini aku hanya menjadi penghuni setia almari usang.