Ahad, 9 Oktober 2011

Apa itu KATA MAJMUK?

Kata Majmuk
 
  • Dua atau lebih daripada dua patah dasar dapat digabungkan untukmembentuk satu kata baru yang padu atau sebati maknanya.
  • Kata paduan atau sebatian yang demikian dikenal sebagai kata majmuk.
  • Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya sendiri-sendiri.
  • Misalnya, wang dan saku yang menjadi komponen kata majmuk wangsaku mempunyai maknanya masing-masing. Makna wang saku ialah wang dibawauntuk digunakan apabila diperlukan.
  • Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah kata yangberbeza tetapi maknanya sama atau hampir-hampir sama. Beberapa contohnya ialahcantik jelita, hancur lebur, dan sunyi sepi.
  • Dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya itu dimaksudkanuntuk menyatakan makna kesangatan. Misalnya, cantik jelita bererti sangat cantik,hancur lebur bererti hancur sama sekali, dan sunyi sepi bererti sangat sunyi.
Bentuknya

  • Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisahtetapi tidak ada yang bersempang.
  • Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata majmuk daripada bentukkata ganda yang dieja bersempang kecuali kata ganda separa seperti bebawang,jejari, kekuda, dan sebagainya.
  • Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah apabila,bumiputera, daripada, jurumudi, kadangkala, dan walaupun.
  • Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah air mata,buah pinggang, campur tangan, daun pintu, ganti rugi, dan hak cipta.
  • Dari segi bentuknya, kata majmuk ter­bahagi kepada beberapa kelasseperti yang berikut:
(a) kata nama majmuk;
(b) kata bilangan majmuk;
(c) kata adjektif majmuk;
(d) kata kerja majmuk;
(e) kata sendi majmuk;
(f) kata keterangan majmuk;
(g) Kata hubung majmuk.
  • Sebahagian besar daripada kata majmuk dalam bahasa Melayu tergolong dalam kelas kata nama. Contoh kata nama majmuk, antara yang lainlain, ialah air mata, buah mulut, cita rasa, daun telinga, ganti rugi, dan hak cipta. 
  • Kata bilangan majmuk, antara yang lain-lain, ialah tiga puluh, dua pertiga, dan dua ratus lima puluh.
  • Kata adjektif majmuk, antara yang lain-lain, ialah aman damai, buta huruf, cantik jelita, gagah perkasa, merah jambu, iri hati, dan kelam kabut.
  • Kata kerja majmuk ada yang bebas, yakni tidak terikat pada sebarang imbuhan. Contohnya: angkat kaki, buang air, campur tangan, datang bulan, dan gulung tikar.
  • Kata kerja majmuk ada juga yang terikat. Contohnya: mengadu domba, mengambil alih, mengambil berat, menganggap sepi, mengangkat sembah, membalas budi, membanting tulang, mencari gali, bercerai susu, berdiam diri, menyalahgunakan, menembak mati, dan bertungkus lumus.
  • Kata sendi majmuk pula tidak seberapa jumlahnya, iaitu darihal, daripada, kepada, dan sedari.
  • Kata keterangan majmuk, antara yang lainlain, ialah acap kali, boleh jadi, demikian, kadangkala, lambat laun, pertama kali, sambil lalu, dan sekali sekala.
  • Kata hubung majmuk, antara yang lain-lain, ialah apabila, manakala, dan meskipun.  
    • TUGASNYA :
      • Kata majmuk mempunyai dua tugas seperti yang berikut:
      • (a) menetapkan kelas kata dasar. Contohnya.

  • air (kata nama) + mata (kata nama)
    air mata (kata nama)
    lemah (kata adjektif) + lembut (kata adjektif) lemah lembut (kata adjektif)
    mogok (kata kerja) + duduk (kata kerja) mogok duduk (kata kerja)
    dari (kata sendi) + pada (kata sendi) daripada (kata sendi)
  • (b) mengubah kelas kata dasar. Contohnya:
  • apa (kata ganti tanya) + bila (kata keterangan tanya) apabila (kata nama)
    alim (kata adjektif) + ulama (kata nama) alim utama (kata nama)
    gulung (kata kerja) + tikar (kata nama) gulung tikar (kata kerja)
    tumbuk (kata kerja) + rusuk (kata nama) tumbuk rusuk (kata nama)
    cerdik (kata adjektif) + pandai (kata adjektif) cerdik pandai (kata nama)
    lalu (kata kerja) + lintas (kata kerja) lalu lintas (kata nama)
    banyak (kata adjektif) + mulut (kata nama) banyak mulut (kata adjektif)
    lambat (kata adjektif) + laun (kata adjektif) lambat laun (kata keterangan)
      • Maknanya
    • Dari segi maknanya, kata majmuk dapat dibahagi kepada dua jenis seperti yang berikut:
      • (a) kata majmuk wajar;  
      • (b) kata majmuk kiasan
    • Kata majmuk wajar ialah kata majmuk yang sebenarnya, yang maknanya dapat diketahui daripada makna katakata yang menjadi komponennya.
    • Misalnya, buah anggur ialah kata majmuk wajar kerana maknanya tidak lain daripada buah yang bernama anggur.
    • Kata majmuk kiasan pula ialah kata majmuk yang maknanya lain daripada makna yang ada pada kata-kata yang menjadi komponennya.
    • Misalnya buah hati ialah kata majmuk kiasan kerana maknanya tidak kenamengena dengan buah ataupun hati.
    • Makna buah hati ialah kekasih yang dicintai, bukan buah yang bernama hati.
    • Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk wajar.

  • adat istiadat
    alih bahasa
    bahasa pasar
    bakul sampah
    batang hidung
    cakera padat
    cantik jelita
    daya cipta
    dengki hati
    emas putih
    esok hari
    gagah berani
    galah canggah
    rendah hati
    sabun mandi
    sihat akal

    gunung api
    hancurlebur
    harga borong
    hitam manis
    ikan parang
    inti sari
    isi perut
    juling air
    kaca mata
    kerak bumi
    otak depan
    olah raga
    pagar duri
    pindah tangan
    rabun jauh
    tahan lasak

    kongsi gelap
    lampu duduk
    lipat ganda
    lubang hidung
    mabuk taut
    merah jambu
    minyak makan
    naik takhta
    nenek moyang
    orang gaji
    tuan rumah
    udang galah
    uji kaji
    wang saku
    warta berita
    zat air
      •  Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk kiasan.

  • akal kancil
    anak angkat
    anak baju
    anak emas
    anak kunci
    batu loncatan
    banyak mulut
    buah mulut
    bulan madu
    cahaya mata
    cakap angin
    campur tangan
    cekak musang
    dapur susu
    mata hari
    naik darah
    nyawa ikan
    otak udang
    tangan besi
    timbang rasa

    darah daging
    datang bulan
    daun pintu
    emas kahwin
    embun jantan
    filem bisu
    gaji buta
    gantung kemudi
    gatal mulut
    gunung payung
    habis akal
    lalat hijau
    lebar mulut
    lemah semangat
    lepas tangan
    main angin
    malam buta
    sampai hati
    tali barut
    tanah air

    hajat besar
    harga diri
    ibu ayam
    isi hati
    jalan bahasa
    jauh hati
    kaki tangan
    karat hati
    kata dua
    kecil hati
    kereta api
    papas hati
    panjang tangan
    pasar gelap
    patah hati
    rendah hati
    sagu hati
    sakit hati
    tumbuk rusuk

1 ulasan: